Isnin, 30 April 2012

Mesyuarat Setiausaha2 PIBG H.Selangor

 Assalamualaikum..

Pada 26 April 2012 (Khamis) bertempat di SK Ulu yam Bharu, telah berlangsungnya mesyuarat Setiausaha-setiausaha PIBG sekitar semua sekolah di daerah ini. Mesyuarat tersebut telah dipenggerusikan oleh Encik Hasren bin Damiri dan Encik Hassan Basri dari PPDHS. En Hasren sebelum ini memgang tugas selaku penyelaras daerah bagi LADAP sekitar tahun 2008-2009. Tahun ini sekali lagi beliau dengan cemerlangnya menggerakkan unit PIBG daerah bagi mencapai tahap gemilang.


Penulis hanya menggantikan Puan Asfarina selaku SU, Penulis hanya memegang jawatan Bendahari sahaja. Puan Asfarina tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Peperiksaan. Mesyuarat ini bermula pada jam 8.30 hingga 1.15 Tengahari. makan tengahari di sediakan di kantin sekolah tersebut.
 Antara 68 S/u dan wakil yang hadir.



Penulis menggerakkan kembali jentera penulis ke Kuala Kubu Bharu. Hari ini penulis kurang sihat diserang selesema. Seusai petang hari yang sama penulis berjumpa semula doktor gigi di Batang kali selepas 4 tahun tak berbuat demikian. hehehe. Ada cerita kelakar atas kejadian ini.

Oklah.Penulis akan sambung di lain berita di lain masa. InsyaAllah.

Kerja amal TKRS

Salam..

Pada 25 April 2012 (Rabu), satu tugas amal yang diketuai oleh Encik Mohd Yusmawi telah menggerakkan satu pasukan khas lelaki Unit TKRS SKTAR ke padang kampung Tun Razak. Selain itu penulis dan SU Kokurikulum Pn Jashiah turut serta bersama murid tahun 3,4,5 dan 6 ini.


Selepas ketiadaan En.Rafi bin Bata (Mantan YDP PIBG)  yang kembali ke Rahmatullah pada julai tahun lalu, padang ini gagal diselenggarakan dengan sempurna oleh pihak yang bertangungjawab. Lantaran itu atas kesedaran dan sikap kesedaran yang tinggi, Unit TKRS lelaki telah berganding bahu membersihkan sampah sarap di kawasan padang ini. jom soroti beberapa foto yang sempat penulis ambil. 

 
 Berdisiplin. Tetap berkawad baik pergi dan pulang dari padang

 Encik Yusmawi bin Zainal
 
 Indahnya petang di Tun Razak

Anak-anak kampung yang tak luntur senyumannya. 

Kerja amal tersebut selesai pada jam 4.20 petang. Alhamdulillah atas kerjasama yang murid2 berikan maka padang kampung Tun Razak telah kembali ceria seperti dahulu kala.

Khamis, 19 April 2012

Pertandingan Bola Jaring MSSD 2012

Salam.. pada 17 Aprril 2012 bertempat di SK Kerling, Berlangsung sukan Bola Jaring anjuran MSSD Hulu Selangor. Pertandingan berikut adalah di peringkat Zon KKB.
 Belakang kiri : Rosmayanti Erna, Shahrizan Asun, Suraya, Rozita dan Azira
Duduk kiri : Ida, Natasha Amelia, Safira, Norsuhaila dan Safira



Berikut adalah pencapaian pasukan SKTAR :
  1. SKTAR vs SKLB : ( Menang 7-4)
  2. SKTAR vs SK Kalumpang (Tewas 2-7)
  3. SKTAR vs SK KKB 2 (Tewas 0-23)     
Keseluruhan adalah tempat ketiga berkumpulan. Kontijen ini dipimpin oleh Cikgu Norhazliza, Cikgu Noor Hafiza Jabier dan Ustazah Asfarina. 50% pasukan adalah murid Perempuan Islam. Mabruk alaiki.


Atlit Kriket

Salam..

Kriket..kriket..kriket! 

 Belakang  kiri: Firdaus, Shahril Ng, Salman Aman
Duduk kiri : Shahdil, Azerin, Halim


Pada sepanjang minggu lepas (9-13 April 2012) satu pemilihan kriket di peringkat daerah telah berlangsung di padang SK KKB 1 . Senarai di atas adalah nama murid berpotensi dalam kriket daerah..namun pemilihan senarai pendek yang terpilih adalah seperti di bawah.  

Pemilihan daerah pada minggu lepas juga berhasil menampakkan kesan positif bagi unit  koku bilamana 4 murid terpilih mewakili daerah Hulu Selangor pada 23 April ini di Klang.  Tahniah igun.





Tahniah atlit kriket daerah
Firdaus, Halim, Shahril Ng dan Salman Aman

Cikgu Yusmawi akan membawa kontijen bersama daerah hulu selangor pada 22 April 2012 (Ahad) so murid2 ni akan stay back di asrama pada minggu ini.

Mesyuarat Kokurikulum kali ke 2 tahun 2012

 Pada 12 April 2012 ( Khamis jam 2.40-3.30 Petang) telah berlangsung Mesyuarat Kokurikulum Kali ke 2 untuk tahun ini. Ramai guru tidak dapat hadir berikutan kekangan kerja luar, mesyuarat dan lain2 lagi, Namun begitu perlaksanaan mesyuarat tetap diteruskan oleh guru yang terlibat.  Terima kasih atas pembentangan mesyuarat oleh Puan Hajjah Jashiah PK Kokurikulum SKTAR. 

Berikut beberapa foto untuk sorotan bersama :

 Agenda negara

 Antara barisan guru yang hadir 

 Jelamaan Aaron aziz @ Tun Razak  

Penandaan buku rekod Kokurikulum yang baru pada 18 April 2012
Hari Rabu ( Waktu koko)  

Penulis selaku s/u yang dilantik telah menyiapkan kertas kerja sukan dan koko untuk kali ini. Minggu ni hujan kerap turun di sebelah petang, namun perlaksanaan Kokurikulum tetap diteruskan. Kehadian murid2 juga konsisten. Tahniah semua!!! 


Sabtu, 7 April 2012

Pot Luck April 2012

 Salam..

Tarikhnya dan waktunya bersamaan program KBS yang sedang berlangsung di Surau SKTAR. Namun  pada jam 9.45-10.05 pagi berlangsung majlis ukhwah SKTAR yang takkan kunjung malap di sekolah ini iaitu POT LUCK. Jamuan ini diselenggara sepenuhnya oleh Kelab Guru. 

Terima kasih pada puan Siti Khadijah dan Encik Mohd Yusmawi dalam program jamuan ringan ni. Pelbagai hidangan dibawa oleh para guru dan staf. Penulis tak sempat nak buat so peulis hanya beli biskut dalam tin je. Tu pun tinggalkan kat bilik guru. Demer cakap boleh makan time lapar especially time koko. haha. 

Antara hidangan yang penulis ingat dibawa oleh guru seperti Puan Hafsania : kek coklat, Puan Noor Hafiza : spegeti bologwok, Ustazah Asfa : nasi lemak dan Encik Awi : kuih bom. Kak Yah kantin menyediakan bihun sup untuk guru2. Sebenarnya jamuan ni tiada sebab khusus dilakukan. apepun tahniah kelab Guru. :) 
 
 Encik Awi dan Encik Syed menikmati hidangan

 Apa yang dibualkan oleh PK 1 tu?

 Cik Ida sempat bergaya walau perut berkeroncong.



 Puan Siti Khadijah dan Puan Huda. TQ kak Huda sebab izinkan guna PSS untuk jamuan ni. Maklumlah bilik Temuan dah qolu dah.ha3

 Menu dibawa 

lain2 

Penulis dan guru agama perlu bergegas segera untuk sertai murid islam di Surau Asrama berikutan program KBS masih berlangsung pada waktu ini. Habis waktu rehat jam 10.05 so murid pun dah abis makan kat kantin.  Tq ye yang bawak makanan tu. Alhamdulillah kenyang! ;)

Kem Bestari Solat siri 1 Tahun 2012

 Salam..

Pada 6 April 2012 (Jumaat) bertempat si Surau Asrama SKTAR, telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat Siri Pertama untuk tahun ini. Alhamdulillah perancangan yang difikirkan bersama oleh Unit Pendidikan Islam berjalan sangat lancar.Program dijalankan di Surau Asrama SKTAR.

KBS kali ini memfokuskan pada murid Islam Tahap 2. Ini kerana terdapat pengisian slot bersuci dari hadas besar. Seramai 24 orang murid hadir bagi menjayakan program ini. Terima kasih tidak terhingga penulis ucapkan pada Ustazah Asfarina dan Ustazah Rogayah yang banyak membantu Penulis dalam aktivti kali ini. 

Jom soroti beberapa foto yang sempat penulis ambil untuk tontonan dan kenangan bersama. 


 Aktiviti Senamrobik pada jam 7.50-8.00 pagi di Dataran Kejat SKTAR

Pendaftaran murid di hadapan Surau Asrama SKTAR

 Murid Perempuan mengucapkan 2 kalimah Syahadah

 Penerangan anggota wuduk oleh Ustazah Asfa.Adik Anas jadik model.

 Cara berwuduk oleh adik Zai dan Zulkifli 

 Slot menyanyi bersama. Amboi 2 ustazah ni..hi3

Sapu hingga ke siku. 

LDK berkumpulan

 Surau SKTAR yang banyak berjasa pada murid Islam asrama


 Amali wuduk oleh adik Reman dan Rahim

 Firdaus dikelilingi murid Islam lelaki yang lain.Best Model! 

 Minuman disediakan.Teh ais made in kak yah Kantin.

 Penghuluwati kita : adik suhaila memberi fail pada adik Alia

Slot Bersuci dari Hadas Besar

Possing istimewa dari adik Shahira,Nor Anisha, Fadatul, Safira, Rasyidah dan Amelia 
dalam slot Bersuci Hadas Besar 

Bilal muda dari Asrama : adik zulkifli mengqamatkan seruan iqamat.

Dipimpin oleh Imam muda adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anuar.

Mari sembah Allah

Penyejuk mata

Bacaan qunut oleh murid muslimah SKTAR 

Assalamualikum warah matullah... 


Alhamdulillah. Majlis disudahkan oleh Puan Rokiah binti Hassan PK Kurikulum SKTAR pada jam 12.00 Tengahari. Terima kasih tidak terhingga pada semua yang sudi menjayakan program ini.Hanya Allah yang mambalas jasa baik anda semua. 

Bertemu lagi dalam KBS siri 2 tahun 2012. 


Ahad, 1 April 2012

Selamat Maju jaya di PKG

Assalamualaikum..

Bermula hari ini 1 April 2012, SKTAR akan kehilangan 2 orang lagi guru yang cemerlang dan berdedikasi. Ini berikutan permohonan mereka untuk bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Daerah  telah berjaya. Alhamdulillah. Penulis mengucapkan tahniah namun tetap berasa sedih juga kerana meskipun mereka baru 2 tahun berkhidmat di SK Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu(Jan 2010 - Mac 2012), namun penulis tetap berasa sedih atas ketiadaan mereka selepas ini. Mereka akan lapor diri ke BTPN 1 April 2012 dan bertugas mulai esok 2 April 2012.

Ustaz Roslan bin Maydin
Berpindah ke PKG Kuala Kubu Bharu


Ustaz Roslan bin Maydin.. Terima kasih atas sumbangan dan semangat yang anda berikan khususnya pada murid2 islam Tahun 5 dan 6. Banyak perubahan dilakukan dalam pembekalan inventori,sumbangan zakat dari Badan2 Korporat dan Makmal Komputer yang dibantu oleh Teknisyen SKTAR, Encik Muhammad Fahmi bin Kamil Hadi. 

Cikgu Noor Hafiza binti Abdul Raub
Berpindah ke PKG Kalumpang

Manakala, bagi Cikgu Noor Hafiza binti Abdul Raub terima kasih tidak terhingga kerana sempat mengajar murid Islam pada tahun 2010. Gelaran lainnya ialah Ustazah..sebab ambik Minor Pendidikan Islam di IPIS Bangi. Antara sumbangan besar beliau pada SKTAR ialah Unit Kaunseling dan Kelab AADK. 


Ucapan dari wakil murid : Firdaus Mohd Nor

Jamuan ringan


Sumbangan dari unit Koko

Bilik j-QAF mengucapkan selamat maju jaya pada mereka berdua suami isteri. Ada masa jenguk2 lah kami di sini ye. 

Maassalamah wa ilal liqo'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...