Isnin, 7 April 2014

Takraw MSSD 2014

Salam 1 sukan..

Nama kejohanan : Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor
Tarikh : 1 April 2014
Waktu : 8.00 pagi -6.00 petang
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Gesir Tengah

Pemain sesi 2014 bersama pengurus Ustaz Aziz

Pada 1 April 2014 ( Selasa) telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor bagi tahun 2014. Pertandingan tersebut telah dihadiri oleh kebanyakan sekolah kebangsaan di daerah ini. Penyertaan pada tahun ini lebih banyak berbanding tahun sudah. Penyelaras Takraw daerah Encik Saiful Nahar bin Mokhtar dari SK Seri Fajar telah memaklumkan pada semua jurulatih pasukan sekolah-sekolah dengan 33 regu berbanding 21 regu pada 2013.


Pasukan Sepak Takraw SKTAR tahun ini sekadar menduduki ke peringkat Suku Akhir yang mana diraih oleh Regu B. Pada tahun ini juga regu SKTAR gagal mempertahankan kejuaraan kejohanan pada 2013 yang lalu. Persiapan seterusnya adalah menghadapi kejohanan Sukan Murid orang Asli pada bulan 10 tahun ini.Pasukan Sepak Takraw telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.

Berikut merupakan pencapaian pasukan :

REGU A : Naib Juara Kumpulan A
REGU B : Juara Kumpulan E
REGU C : Juara kumpulan K
Pencapaian terbaik edisi 2014 :
REGU B : Suku Akhir

duduk kiri : Aiman,Ragus,Ikmal Daniel, Aeri Zurizal, Emran,Khairul Nizam
Berdiri kiri : Zul, Alfizan, Zulkamirul Nizam, Reman, Razil, Superi

Saringan kumpulan

Keputusan perlawanan peringkat kumpulan A ( Regu SKTAR A)

SKTAR A : 30
SK Seri Keledang A : 18
 
 (SKTAR menang)

-----------

SKTAR A : 18
SK Gesir Tengah B : 30

(SKTAR tewas)

--------------

Keputusan perlawanan peringkat kumpulan E ( Regu SKTAR B)

SKTAR B : 30
SK Batang Kali B : 28

(SKTAR menang)

SKTAR B : 30
SK Kalumpang B : 28

(SKTAR menang)

------------------

Keputusan perlawanan peringkat kumpulan K ( Regu SKTAR C)

SKTAR C : 30
SK Seri Fajar C : 23

(SKTAR menang)

--------------

SKTAR C : 30
SK Kampung Soeharto : 27

(SKTAR menang) 

---------------------------------------------------------------------------------------

Pusingan 2 ( Kalah keluar)

SKTAR A  Vs.  BBBK C
15-9
16-17
15-13

(SKTAR A tewas)
 
-----------

SKTAR C  Vs BBBK B
7-15
7-15

(SKTAR C tewas)

......................................................................................................................................
Suku Akhir 

SKTAR B  Vs SK KKB2

13-15
15-19
9-15
(SKTAR B tewas)
----------------------------------------------------------------------------------------------


 Regu A 
Kiri : Ragus, Alfizan, Aiman , Zul
 
 Regu B 
Kiri : Zulkamirul Nizam, Ikmal Daniel, Emran, Razil

 
 Regu C
Kiri : Aeri Zurizal, Reman, Khairul Nizam, Superi


Terima kasih diucapkan tidak terhingga pada Guru Besar Encik Abdul Rahman yang menjemput pemain dan pegawai pengiring ke teratak indah beliau di Kampung Gesir Tengah tidak jauh dari gelanggang perlawananan. Tahun depan kita akan pertahankan lagi kejuaraan 2013 yang lalu. itu azam kami.

Jumaat, 21 Mac 2014

Doa untuk MH370

#Doakan untuk MH370


Rabu, 12 Februari 2014

MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
 
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)


KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

(Al An'am 130)


TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Sabtu, 1 Februari 2014

6 Cara Berkesan Untuk Keluar Dari Hutang Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini

Salam..Untuk perkongsian bersama.. Jom baca



Kita ada mendengar berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk keluar daripada masalah hutang kita.Selalunya ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi dengan maklumat yang saya ingin kongsikan di sini, mungkin ia boleh membantu anda. Anda juga mungkin tidak memerlukan pertolongan daripada mana-mana pihak.

Di sini saya ingin terangkan 5 cara berkesan untuk keluar dari hutang.

1. Senaraikan hutang-hutang mengikut keutamaan: Siapkan satu senarai hutang-hutang anda, jumlahnya dan kadar pinjaman tersebut. Utamakan untuk membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dahulu
2. Berhenti dari menambah lagi hutang: ketika anda di dalam proses untuk mengawal keadaan kewangan anda jangan lagi menambah hutang anda kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

3. Audit perbelanjaan anda: Anda mesti menyenaraikan semua perbelanjaan-perbelanjaan anda itu. Tujuannya adalah untuk mengetahui di mana berlakunya pembaziran. Mungkin anda masih membayar bil handphone pada harga yang tinggi walaupun ada kadar yang lebih menjimatkan. Mungkin anda terpaksa menghentikan langganan Astro sebagai contoh. Walaupun anda fikir anda cuma berbelanja RM80 sebulan untuk Astro tetapi jika anda berhenti anda akan jimat RM960.00 setahun! Mungkin anda boleh jimat dengan membeli barang-barang keperluan di Mydin daripada berbelanja Giant contohnya. Semua penjimatan ini anda boleh masukkan ke dalam tabung khas untuk membayar hutang-hutang anda itu.

4. Jangan guna kad kredit : Kepada sebahagian besar masyarakat akibat menggunakan kad kreditlah menjadi penyebab utama mereka jatuh ke dalam lembah berhutang. Dengan kad kredit amat mudah untuk kita berbelanja tanpa mengambil kira samada kita mampu untuk membayar pembelian tersebut. Membayar pada kadar minima tiap-tiap bulan membuatkan bunga pada pembelian kad kredit anda itu bertambah-tambah. Jadi mulai dengan menutup semua akaun-akaun kad kredit anda itu yang anda tahu akan menyusahkan hidup anda. Percayai dengan slogan “Cash is King”.

5. Mulakan untuk menabung : Menabung adalah satu kemestian. Mulakan walaupun dengan amaun yang kecil tetapi mesti konsisten. Siapkan 3 tabung khas di atas meja sebelah katil anda. Satu untuk membayar hutang, satu untuk tabungan dan satu untuk bersuka-ria. Tentukan kadar-kadar bagi tiap-tiap satunya, contoh 10% untuk membayar hutang, 10% untuk tabungan dan 5% untuk bersuka-ria. Jadi apabila anda mendapat apa-apa bayaran atau gaji, bayar kepada tabung-tabung ini dahulu.

6. Buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan : Tidak mudah untuk kita membayar balik hutang kita dengan menggunakan gaji atau pendapatan yang kita dapat tiap-tiap bulan. Lebih-lebih lagi kepada anda yang makan gaji dan menerima pendapatan yang tetap tiap-tiap bulan. Jadi untuk kita menambahkan lagi pendapatan kita haruslah mencari punca pendapatan yang lain. Ramai yang berniaga atau bekerja pada hari cuti. Ramai juga yang berkecimpung di dalam perniagaan secara online. Ini adalah kerana, berniaga secara online tidak memerlukan anda untuk sentiasa di situ. Pasaran di internet juga berkembang dengan amat pesat. Ramai pembeli sekarang konfiden untuk membuat pembelian di internet. Salah satu perniagaan di internet yang mendapat perhatian ramai kerana bermodal kecil dan berkembang pesat adalah Exfuze Seven Plus Klasik Malaysia ini. Anda juga mempunyai peluang yang cerah dengan risiko yang amat rendah.

Selamat mencuba langkah-langkah ini!

Rabu, 29 Januari 2014

fattabiouni : Ikutilah aku ( Nabi Muhammad SAW)

Salam...

Rancangan kegemaran penulis setiap hari di TV al Hijrah 114 Astro. Rancangan ini mengisahkan tentang kehidupan Rasulullah SAW mendepani  rutin dalam kehidupan seharian baginda . Penulis akan cuba menonton rancagan berdurasi 10 minit ini. Fattabiouni bermaksud : Ikutilah aku. (Nabi Muhammad saw)

fattabiouni theme song

Khamis, 9 Januari 2014

KALENDER : MASEHI VS ISLAM

Salam..

Tahun 2014 Masehi dah pun menjengah hampir 10 hari. Hari ini 9 Januari 2014. Dah masuk tahun baharu rupanya. Sedar tak sedar dah 7 tahun menabur bakti di sekolah ini. Sampai bila penulis akan terus berada di bumi SKTAR ini hanya masa dan takdir yang menentukan. 

Harini penulis cuma nak kongskikan tarikh bulan Islam . Terutama yang sambut hari lahir . Kita sering ingat bila hari, bulan dan tahun Masehi . Itu dah memang lumrah alam sekarang. Tapi kenapa kita tak try cuba tahu bila dan bulan apa tahun Islam kita dilahirkan. 

Ok , macam penulis : 14/10/1982 AD (Khamis) = 25/Zulhijjah/1402 AH
                     Isteri penulis : 16/5/1985 AD (Khamis) = 25/Syaaban/1405 AH

Wah,sama hari khamis lahir tu dalam bulan Islam,, hari dalam bulan Islam pun sama.. 25 haribulan. 

Untuk anda mencuba tarikh dan kalender Islam dan mengira sendiri bilakah anda tanggal yang ingin diingati boleh rujuk di sini.  Tekan di gambar bawah.


Sekianlah untuk perkongsian bulan ini. Sampai jumpa...

Rabu, 18 Disember 2013

19 TIPS SUAMI ISTERI

Salam...

Apa khabar semua..lama jugak tak jengah blog ni. harini penulis nak share rahsia tips yang diperolehi dari laman web rakan. semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


So..rasanya semua tips di atas sangat releven dengan dunia sekarang yang mencabar sampai masing-masing sibuk menghadap tab, smart phones atau komputer sampai takde masa nak berkomunikasi. Apa yang penting? Tolak ansur :)

Jumaat, 1 November 2013

TAKRAW : SELANGOR NOMBOR 4 KEBANGSAAN

Salam 1 sukan..



Salam pada 18,19 dan 21 Oktober 2013 bertempat di SK Taman Melawati Hulu Klang, satu latihan pusat sukan Sepak Takraw menghimpunkan 12 pemain takraw paling berpotensi yang dipilih ketika Kejohanan Sukan Murid-murid Orang Asli di Dewan Vokasional Gombak pada 2 oktober yang lalu. Ketika itu pasukan Regu A SKTAR mendapat Johan dalam kejohanan tersebut. Berita lanjut sila klik di sini

Peringkat Kebangsaan Kejohanan Sukan Murid Orang Asli telah memilih Negeri Selangor Darul Ehsan sebagai venue temasya tersebut. Tarikh yang menjadi ingatan adalah pada 22-25 Oktober bertempat di Hotel GoldCourse Klang. beberapa acara sukan dipertandingkan dan menjadi medium mencungkil bakat anak-anak Orang Asli dalam acara disertai. Antara acara : Bola sepak, Bola baling kategori lelaki dan perempuan, Olahraga dan Balapan dan  Sepak takraw.

Berikut merupakan Pegawai dan Pemain Selangor bagi sukan Sepak Takraw 2013


En.Abdul Aziz bin Abdullah
Pengurus
SK Tun Razak
En. Amar Hafiz
Jurulatih
SK Selayang baru
En.Mohd Ridwan bin Jalani
Jurulatih 2
SK Sungai Bumbun
En.Mohd Anuar
P.Jurulatih
SK bukit Tampoi
En.Mohd Tahir bin Abdullah
P.Pengurus
SK Bukit Cheding
Naszrul Ikmal bin A.Mizan
Pemain
SK Tun Razak
Zulkamirul Nizam bin Suri
Pemain
SK Tun Razak
Sharol bin Merdi
Pemain
SK Tun Razak
Muhammad Handrie
Pemain
SK bukit Tampoi
Sharil Rashid
Pemain
SK bukit Tampoi
Muhammad fendi
Pemain
SK bukit Tampoi
Irzie Pazi
Pemain
SK Bukit Cheding
Razzaq Yoweri bin razali
Pemain
SK Bukit Cheding
Mizze bin Abin
Pemain
SK Bukit Cheding
Amirul Idris
Pemain
SK Sungai Bumbun
Muhammad Tahar bin Azlan
Pemain
SK Sungai Bumbun
Akrham A/L Siva
Pemain
SK Sungai Bumbun

Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak diwakili oleh 3 pemain takraw terbaik di sekolah ini iaitu Naszrul Ikmal bin A.Mizan, Sharol bin Merdi dan Zulkamirul Nizam bin Suri. mereka telah dipilih oleh Penyelaras Teknik Sukan Sepak Takraw daerah Gombak iaitu cikgu Nizam dari SK Taman Melawati Hulu Klang. Manakala Jurulatih Selangor diajar oleh cikgu Amar hafiz dari SK Selayang Baru.
------------------------------
Acara berkumpulan

Regu A
Naszrul Ikmal bin A.Mizan
Tekong
SK Tun Razak
Zulkamirul Nizam bin Suri
Killer
SK Tun Razak
Arkram A/L Siva
Feeder
SK Sungai Bumbun
Irzie Pazi
Simpanan
SK Bukit Cheding


Regu B
Amirul Idris
Tekong
SK Sungai Bumbun
Sharol bin Merdi
Killer
SK Tun Razak
Razzaq Yoweri
Feeder
SK Bukit Cheding
Muhd Fendi
Simpanan
SK Bukit Tampoi

Regu C
Muhammad Hendrie
Tekong
SK Bukit Tampoi
Shahril Rashid
Killer
SK Bukit Tampoi
Mizze bin Abin
Feeder
SK Bukit Cheding
Muhd Tahar bin Azlan
Simpanan
SK Sungai Bumbun


-------------------------------------
Acara Antara Regu 

Naszrul Ikmal bin A.Mizan
Tekong
SK Tun Razak
Muhammad Hendrie
Killer
SK Bukit Tampoi
Razzaq Yoweri
Feeder
SK Bukit Cheding
Amirul Idris
Simpanan
SK Sungai Bumbun
Arkram A/L Siva
Simpanan
SK Sungai Bumbun

******************************
Berikut merupakan pecahan kumpulan pasukan negeri : 


KUMPULAN A
KELANTAN
PAHANG
SELANGOR


KUMPULAN B
JOHOR
NEGERI SEMBILAN
PERAK


Markah Keputusan Perlawanan Selangor

Saringan kumpulan


REGU A
SELANGOR
KELANTAN
9
15
15
5
15
8
SELANGOR MENANG


REGU B
SELANGOR
KELANTAN
10
15
15
8
12
15
KELANTAN MENANG


REGU C
SELANGOR
KELANTAN
15
6
11
15
15
10
SELANGOR MENANG


__________________

Saringan kumpulan






REGU A

SELANGOR
PAHANG
13
15
15
13
10
15
SELANGOR MENANG


REGUB B

SELANGOR
PAHANG
6
15
15
17
SELANGOR  TEWAS


KEPUTUSAN : SELANGOR LAYAK SEPARUH AKHIR BERSAMA PAHANG

_____________

Separuh Akhir 


REGU A
SELANGOR
PERAK
9
15
13
15
SELANGOR TEWAS



REGU B
SELANGOR
PERAK
11
15
13
15
SELANGOR TEWAS



KEPUTUSAN : SELANGOR TEMPAT PENENTU 3 /4
_________

Tempat 3/4


SELANGOR
JOHOR
11
15
8
15
SELANGOR TEWAS




SELANGOR
JOHOR
9
15
11
15
SELANGOR TEWAS





KEPUTUSAN PENUH : SELANGOR TEMPAT KEEMPAT BERKUMPULAN



Penentuan Berkumpulan :

Kumpulan A  :   Johan Kumpulan : Pahang
                       N.Johan Kumpulan : SELANGOR

Kumpulan B : Johan Kumpulan Perak 
                      N.Johan Kumpulan : Johor

------------------
Separuh Akhir kumpulan

Perlawanan 1 : Pahang lawan Johor
Perlawanan 2 : SELANGOR lawan Johor


--------------------
Tempat Pertama - Keempat

Johan : Perak
Naib johan : Pahang
Ketiga : Johor
keempat : SELANGOR



*************************************


Berikut merupakan pecahan pertandingan Antara Regu :

KUMPULAN A
PERAK - BY
PAHANG
SELANGOR


KUMPULAN B
JOHOR -BY
NEGERI SEMBILAN
KELANTAN



Keputusan Antara Regu : SELANGOR saringan Kumpulan

Tewas pada Pahang 0-2



SELANGOR
PAHANG
9
15
13
15
SELANGOR TEWAS


--------------------------------------------

Jom soroti beberapa gambar yang sempat diambil


 Bersalaman pengenalan


Mendengar amanat jurulatih dan pengurus


 Sedia bertahan..

 Tekong berbisa menerima bola dari killer

 Taktikal

 Pertukaran kad pemain dari pengadil perlawanan

Tahun depan, insyaAllah pasukan takraw SKTAR akan lebih dimantapkan kerana gelanggang baharu takraw telah siap dibina di Asrama SKTAR. 

-SKTAR DIHATIKU-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...